Monday, August 17, 2009

OPERASI CELIK SOSIAL

OPERASI CELIK SOSIAL SKUAD CAKNA REMAJA KEDAH DARUL AMAN


MUQADDIMAH

Allah S.W.T. befirman dalam Al-Quran :

“Wahai orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih, iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya dan kamu berjihad dijalan Allah S.W.T. dengan harta dan tubuh kamu . Itulah yang sebaik-baiknya bagi kamu , jika kamu mengetahuinya” ( surah As-saff : Ayat 10-11 )

Untaian ayat-ayat Al-Quran di atas menunjukkan bahawa paluan jihad yang harus kita salut dalam menegakkan paksi khilafah islamiah di muka bumi ini. Berjihad ertinya berjuang dengan cara yang bersungguh-sungguh demi untuk mempertahankan , menyebarkan , melaksanakan serta mengamalkan ajaran yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Jihad seperti ini merupakan satu janji yang telah dimeterai antara orang mukmin dan mukminat dengan Allah S.W.T. sepertimana yang telah diterangkan dalam ayat yang telah diutarakan di atas. Paluan gendang jihad mula menaikkan semangat , panji Islam mula dikibarkan , barisan pemuda pemudi Islam mula menyusun langkah , bergerak bagaikan halilintar menerkam musuh-musuh Allah dalam menyahut seruan Allah Rabbuna , Rasul Qudwatuna , Al-Quran Dusturuna ,
Al-Jihad sabilluna ….. Fastabiqul Khairat…


Jiwa Sufi ,
Jasad Jundi ,
Jalan Haraki .


OBJEKTIF

Membendung gejala sosial di kalangan remaja
Melibatkan kehidupan remaja dalam masyarakat yang berteraskan Islam
Mengembalikan keizzahan dan kegemilangan kehidupan coretan Al-Quran


MATLAMAT

Visi ( ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP )
Misi ( MEMBANTERAS GEJALA SOSIAL DI ALOR SETAR )



SASARAN

Pemuda Pemudi Islam.

TARIKH

15 OGOS 2009.

HARI

Sabtu

TEMPAT

Plaza Pacific,Alor Setar
City Plaza,Alor Setar
Pekan Rabu,Alor Setar
Hutan Rimba,Alor Setar

TEMA

“ RAMADHAN BULAN ANJAKAN TARBIYYAH NAFS “


ANJURAN

Skuad Cakna Remaja Kedah.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP